Pages

Followers

Tuesday, October 18, 2011

Keajaiban Cinta



--------cinta ada seribu keajaiban-----

namun mungkin ada di antara kita yang tidak tahu malah ada yang menyalahkan diri sendiri kerana keajaiban tersebut..antara 5 keajaiban cinta..~

*ciNta tiDaK mEnGenaL usiA..
ajaibnya cinta apabila kita boleh jatuh hati dengan seseorang yang lebih berusia dari kita yang ada setengahnya lebih tua 10 tahun ataupun dengan mereka yang lebih muda dari kita..
namun itu bukan mustahil kerana cinta tidak mengenal usia. sekiranya hati sudah suka setiap kekurangan pasangan kita semestinya akan diterima dengan tangan terbuka. kalau bercinta dengan pasangan seusia sekalipun tetapi menyakitkan hati tidak ada gunanya jugakan..Namun mengapa kita tidak memikirkan kesilapan & kesalahan kita mahupun pihak satu lagi... Mengapa membiarkan permasalahan berterusan dari memperbaikinya. Apa yang dipelajari tidak semua cinta berakhir dengan ikatan namun utuhnya cinta dihati lebih bermakna & bererti... mari kita renungkan bersama.

*deRita kEraNA ciNta..
ada perempuan yang kena pukul, sepak, terajang dan sebagainya sampai lebam dan bengkak-bengkak tetapi masih sabar lagi dan sanggup tunggu lelaki yang sama. apabila kita tanya kenapa sanggup derita, jawapannya sebab cinta dan tidak boleh hidup tanpa lelaki itu. bagi kita yang tidak melaluinya mungkin kita boleh kata macam-macam tetapi hanya yang merasainya sahaja lebih memahami kenapa dia memilih jalan tersebut..
ajaibkan kerana cinta badan sakit pun tidak apa..

*beRuBah dEmi ciNta..
dari kecil sampai dewasa orang tua kita jaga kita. macam-macam mereka ajar agar kita jadi insan yang sempurna. masa kecil kita ikutlah tetapi apabila sudah dewasa kita pun mulalah besar kepala. orang tua kata jangan buat bahaya tetapi kita buat juga, orang tua kata jangan merokok nanti merosakkan kesihatan, kita merokok juga.
tetapi yang ajaibnya kerana cinta manusia boleh berubah. apabila bertemu insan yang kita cintai dia beri syarat apa sekalipun tinggalkan ini, tinggalkan itu kita pasti akan ikut. jangan merokok..ok no problem honey..
itulah ajaibnya cinta boleh merubah skelip mata..

*tiDak aDa siApa yAnG bOLeh mENgeLak..
tidak ada orang dalam dunia ini yang tidak mahu dicintai dan mencintai. semua orang ada perasaan tersebut. ada sesetengah orang, mereka cuba tipu diri sendiri mengatakan tidak kisah andainya tidak ada cinta dalam hidup mereka.
namun hakikat sebenarnya dia juga sama seperti orang lain yang memerlukan seseorang dalam hidupnya. oleh itu carilah cinta jangan malu untuk meluahkan perasaan kerana keajaiban cinta tidak akan ada orang boleh mengelaknya..

*saNGgup bErkORbaN dEmi ciNta..
dari zaman uda dan dara, romeo dan juliet lagi sudah menunjukkan ada yang sanggup mati demi cinta. zaman inipun apa kurangnya. tetapi bezanya sekarang orang tua tidak lagi manghalang. siapa pun pilihan kita kebanyakan akan diterima dengan tangan terbuka. cubalah dihalang ada yang sanggup lari tinggalkan keluarga, biar hidup susah sekalipun tidak apa asalkan dapat bersama insan yang dicintai.
ada tidak kuasa lain yang boleh buat manusia jadi begitu sekali..
tidak ada kan??
itulah ajaibnya cinta...

Namun cinta yang paling agung adalah cinta kepada pencipta dan rasulNya.
Barulah cinta itu terasa manisnya........


No comments:

Post a Comment

KLIK JANGAN TAK KLIK

zikir

">

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...