Pages

Followers

Monday, May 30, 2011

Shakespeare said:


I always feel happy, You know why?
Because I don't expect anything from anyone,
Expectations always hurt..
Life is short.. So love your life.. Be happy..
And Keep smiling.. Just Live for yourself and
Before you speak,
 Listen
Before you write, Think
Before you spend, Earn
Before you pray, Forgive 
Before you hurt,
 Feel
Before you hate, Love
Before you quit, Try
Before you die, Live....


cinta oh cinta

 mencintai tidak bererti memiliki..
 
Janganlah kau angkuh melaungkan...
 Si dia kepunyaanmu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
 Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
 Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya..
 Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya... "Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...

Pepatah


1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu
tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok,
jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang
kecuali kalau ada beruk atas pokok tu

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau
walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.


13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula
tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.....

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah.

( no 20 ni kena cari jawapan sendiri...)


Funny Myspace Commentssekadar gurauan sahaja..
tiada maksud untuk mempersendakan pepatah Melayu yang sebenar.


Luahan Hati

Salam....selamat pagi semua....

Madah hari ini....


Mengenali seseorang itu .....
Kadangkala membuat kita tertawa...
Dan kadangkala membuat kita mengalirkan airmata.....


Mengenali seseorang itu juga mampu memberi kita sejuta rasa marah...
sejuta rasa sedih...
sejuta rasa gembira...
sejuta rasa sayang...
dan sejuta rasa rindu...

Sedarilah mengenali seseorang itu sebenarnya 1 anugerah , biarpun hadirnya
hanya seketika dan sekadar teman sementara...
          Mampukah kita melalui hari-hari tanpa mereka yang kita sayang...
                        kerana tanpa teman, hidup akan terasa kosong..
                  Oleh itu , sayang,rindu,cinta dan sebagainya..
                                         berpada-padalah

                           Curahkan semua rasa hanya kepada Pencipta..
                                      maka kita akan sentiasa bahagia... 



Thursday, May 26, 2011

Tentang Cinta



salam muhibbah



Cinta Tak Semestinya Memiliki

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.
Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.
Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.
Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.
Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…
Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….
Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.
Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…
Tapi…
Percayalah pada diri…  

Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..

Wednesday, May 25, 2011

Luahan Hati Buat Sahabat

"mana ni?tak nampak sape-sape pun.....mana kamu semua ni...."



                            Allah Jadikan Umatnya dengan segala kelebihan dan 
                             Allah juga bekalkan umatnya dengan kekurangan.
                                 Dia sisipkan perasaan dan hati,
                                 Dia uji dengan pelbagai kemewahan dan kesusahan serta cabaran.............
 

Tuesday, May 24, 2011

HANYA PADAMU YA ALLAH AKU BERSERAH


Bila Diri Di Sayangi
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa,
Keagungan kasih merubah takdir
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku Kembali dipandu
Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri


Saturday, May 21, 2011

MADAH SMS KOSMO 3

Ada lagi....
TIADA GUNA MENGEJAR ORANG YANG TIDAK SUDI
LEBIH BAIK HARGAI MEREKA YANG SENTIASA DISISI
 (PATIN BUAH)
HIDUP PASTI BERERTI JIKA KAMU PUNYA ARAH TUJU
AGAR DIRIMU TIDAK TERSESAT JALAN
DAN YAKINLAH KEJAYAAN PASTI MILIKMU SELAGI TERUS BERUSAHA
(CAPRICORN21)
MASA DIRASAKAN PANTAS BERLALU TATKALA HATI SEDANG BAHAGIA
MASA DIRASAKAN TERLALU PERLAHAN DI KALA HATI DALAM KERESAHAN
( PUJANGGASEPI )
KEBAHAGIAAN SEBENAR BUKAN BERMAKNA KITA MESTI DAPAT SEMUA YANG KITA MAHUKAN,TETAPI DENGAN MENGHARGAI SEGALA ANUHERAH DAN APA YANG ADA
( MATAHATI )
MEMBAHASKAN PERKARA PENTING TANPA MENYELESAIKANNYA ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENYUDAHKAN SESUATU ITU TANPA MEMBAHASKANNYA
( PAK MEOR )
sekian untuk hari ini...ada banyak lagi tau..

oklah saya nak tidur dulu....ada masa saya sambung ye..sweet dream







Thursday, May 19, 2011

MADAH SMS KOSMO


  • TERLALU TENGGELAM DALAM NIKMAT HATI MEMBUAT HATI MENJADI BUTA DAN MULA TAKUT KEHILANGAN NAMUN ORANG YANG KENAL NIKMAT ALLAH TIDAK AKAN RISAU HILANG NIKMAT DARIPADA MAKHLUK( MATAHATI)

  •  CUKUPLAH HANYA ALLAH DAN RASUL SERTA AL-QURAN MENJADI PENGUBAT SEGALA DUKACITA DAN PENAWAR SEGALA KESEDIHAN HATI( PENAWARDUKA)
                                                  
  •  INGATLAH DUNIA SEMAKIN TUA,BENCANA BERLELUASA,MANUSIA SEMAKIN HILANG KEWARASANNYA.TETAPI HIDUP PERLU DITERUSKAN SELAGI AJAL BELUM TIBA.( PERMATA HATI)

  •  SEPAHIT-PAHIT KEJUJURAN ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA SEMANIS-MANIS PENIPUAN.JUJURLAH KERANA WALAU SEPAHIT MANA PUN LAMBAT LAUN IA TETAP AKAN DITERIMA. (LISSAYOTI)

  • JIKA KITA SEDAR BAHAWA SETIAP YANG DIBERI TUHAN ITU HANYA PINJAMAN MAKA PERLULAH SENTIASA BERSEDIA DAN REDHA UNTUK KEHILANGANNYA.(ADAMCMXADA)
Setakat ini dahulu untuk hari ini ye..
Baca dan ambil iktibar mana-mana yang dirasakan perlu.

Thursday, May 5, 2011

Sunday, May 1, 2011

MADAH SMS KOSMO YANG SAYA KUMPUL

* Terimalah kebenaran dan kabaikan itu walaupun ia datang daripada musuh.
( OPENUREYES )
* Sehabat mana kita merancang,destinasi akhirnya telah ditulis olehNya.
( SADARLAH )
* Apabila kita rasa diri sempurna dan orang lain tidak cukup baik,maka ada kekurangan sebenarnya pada diri kita.Kita cuma akan sempurna apabila kita sedar diri yang serba kekurangan.
( MAKRIFAT )
* SAYANGI sebuah perkenalan kerana di situ terciptanya kemesraan,KENANGI sebuah perhubungan kerana di situ terciptanya kerinduan,HARGAI kedua-duanya kerana itulah rahmat dari Ilahi.
( RINDU )
* Bila mata tidak dapat melihat,hati mula tertanya-tanya.Bila telinga tidak mendengar,hati mula terasa sunyi.Bila rindu datang menjelma,di manakah insan yang harus menemani.
( SEPI )
sampai di sini dahulu ye...
bila ada masa terluang saya akan tulis lagi kerana masih banyak madah sms KOSMO yang saya simpan untuk renungan kita bersama...

KLIK JANGAN TAK KLIK

zikir

">

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...