Pages

Followers

Monday, June 27, 2011

CINTA OH CINTA





CINTA SESUATU YANG MENGASYIKKAN
ia boleh membuat hilang kewarasan fikiran
cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayati
sebaliknya CINTA MENJADI RACUN JIKA TERSALAH TEMPAT....

CINTAilah orang yang engkau KASIHi itu sekadarnya...
barangkali dia akan menjadi orang yang kau BENCI pada suatu hari kelak...
juga BENCIlah terhadap orang yang kau BENCI itu sekadarnya..
barangkali dia akan menjadi orang yang engkau KASIHi pada suatu hari nanti...


Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang
bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu... jangan mengharapkan balasan cinta.. tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya... tetapi jika tidak… 
berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu...


Sunday, June 26, 2011

CINTA OH CINTA

http://www.cute-smiley.com


Mengenalimu hatiku berbunga riang
mencintaimu membuatkanku
 dikelilingi warna-warna indah,
dalam hati menguntum cinta,
berbunga sayang,
kerinduan mula terbit 
bersama mekarnya rasa sayang...
ahhh...cinta
tika mekar memang indah,
bagaikan dunia milik sendiri... 
namun bila cinta dikhianati,
kebencian bermaharajalela
dalam hati...  
 tiada lagi sayang, 
tiada lagi kerinduan, 
tiada lagi hati yang berbunga cinta...
masih adakah cinta yang tidak melukai?
cinta yang tidak memungkiri kata hati?
 
Hanya cinta pada KHALIK
Hanya cinta pada RASUL
cinta kepada pencipta 
pasti tiada rasa duka
tiada rasa kecewa...



Saturday, June 25, 2011

CINTA OH CINTA



CINTAKU PADANYA

Bila kita sudah menyintai seseorang
Kita akan melakukan apa saja buatnya
Tapi biarlah akal memantau agar diri tidak terpesong
Biarlah hanya hati saja yang merasakannya
Cinta itu memang buta
Namun jangan sampai Dia dilupakan
Rindu itu terlalu memenatkan hingga  
Bila ia hadir diri seakan tidak bermaya
Sayang itu semakin membara
Bila diam itu semakin panjang
Apa yang ku tahu aku tetap menyintaimu
Dan tetap merinduimu sampai bila-bila
Biarpun dirimu pergi dariku
Namun aku tetap juga begini...



DOA BUAT TEMAN

baca doa ye



Ya Allah ...
 Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
 terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya,  perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
 jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat
 .....

 Ya Muhaimin ... Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

 Ya Allah ... Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
 menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
 janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
 rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

 Ya Allah ... kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan akhirat.













Thursday, June 23, 2011

Kata Pujangga







Jika kau merasa kecewa, Pandanglah ke sungai, Airnya mengalir biarpun, Berjuta batu menghalang. Jika kau merasa sedih, Pandanglah ke langit, Kau akan sedar bahawa, ALLAH TAA'ALA SENTIASA BERSAMAMU...

Wednesday, June 22, 2011

Baca ye....

Photobucket

Utusan Buat Orang Yang Ku SAyang.....


 Seandainya Tuhan mengizinkaningin aku terus bersama mubiarpun pedih dugaannyarela aku menghadapinya dengan sabar

Seandainya tuhan mengizinkancintamu mekar bersamakuingin aku mbahagiakan hidupmuTak pernah ku termimpiuntuk bcinta denganmutapi dh tersurat kita bertemu dan jatuh cinta

Sekiranya engkau dapat menerima ku seadanyaitulah buktinya keikhlasanmu

Wednesday, June 15, 2011

LAGI MADAH SMS KOSMO

pukul satu pagi  aku  masih  menulis


CINTAILAH SESIAPA SAHAJA YANG INGIN KAMU CINTAI
TETAPI INGAT BAHAWA KAMU PASTI BERPISAH
DENGANNYA BILA TIBA MASANYA
( CINTA )


SAYANGILAH PADA PERTEMUAN KERANA DI SITI ADA PERCINTAAN
KASIHILAH PADA PERPISAHAN KERANA DI SITU ADANYA KERINDUAN
( DONTLETMEGO)


ANDAI TAKUT DILAMBUNG OMBAK
JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI
BEGITULAH IBARAT ANDAI TAKUT MENGHARUNGI
DUNIA PERCINTAAN
JANGAN SESEKALI CUBA BERMAIN DENGAN PERASAAN
( AZIE KL )


CINTA ITU ADALAH NAFSU
MAKA NAFSU AKAN SENTIASA DIHEMBUS SYAITAN
UNTUK MEMBAWA KITA KEPADA KEBURUKAN KEMUNGKARAN
(NIKAHBARUCINTA)


MENYUKAI DATANG DARI MATA
SEDANGKAN MENYINTAI DATANG DARI HATI
JIKA INGIN BERHENTI MENYINTAI
TUTUPLAH HATI TETAPI CINTA 
DI HATI AKAN BERUBAH MENJADI 
AIR YANG TURUN DARI MATA
( MENANGISLAH )

CUKUPLAH UNTUK MALAM INI....





Friday, June 10, 2011

CINTA OH CINTA



Apa Itu Cinta? 
Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa. 
Sifat Cinta   
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Itu Indah 
 Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih. 
Cinta Itu Mengetahi   
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup 
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu, gembira,sedih, tenang,tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci 
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah, cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

CINTA..amat mahal takrifnya..itulah yang difitrahkanoleh Allah S.W.T. kepada hambanya..CINTA hanya tertulis pada perkataantapi gagal dilihat pada zahirnya kerana CINTAitu tanggungjawab di mana wujudnya kesetiaan &kejujuran di dalamnya..ingat pada yang satu,jujur pada yang setia,setia pada yang kasih,kasih pada yang rindu,rindulah pada yang menyayangimu........CINTA takkan datang kalau tak di cari...CINTA takkan dapat kalau tiada siapa yang memberinya...tapi mencari biarlah pada yang sudi &bukan meminta simpati.....inilah yang dinamakan sebuah CINTA yang sejati.....

begitulah sedikit sebanyak tentang CINTA

KLIK JANGAN TAK KLIK

zikir

">

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...