Pages

Followers

Saturday, November 26, 2011

MADAH SMS KOSMO

Agak lama saya tidak menulis 'Madah Sms Kosmo'.
Saya suka akan kata-katanya dan ingin berkongsi.
Walaupun,mungkin anda adalah penulisnya.
Namun jangan bimbang kerana saya tetap menulis nama penukilnya.

Kalau sudah bijak,
Jangan sampai diperbodohkan opleh nafsumu,
kalau sudah pandai,
Jangan sampai diperdaya oleh kejahilan orang lain.
(AKUXADAILMU)

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu
tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ia digunakan.
(TIMBA)
Kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh,
jadi,jangan berputus asa kerana sesungguhnya
orang yang berputus asa itu akan jauh dari rahmat Allah.
(CUMA AKU)
Akan reputlah akar persahabatan
Jika tidak dibaja dengan keikhlasan,
enggan disiram denagn air kesetiaan
dan pasti tumbang dilanda ribut permusuhan.
(AL AMIN 5911)
Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah.
Tidak dapat dilekatkan lagi ,
dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah.
(ZIM40)

Dalam lidah ada kata,
Dalam  kata ada bahasa,
Dalam bahasa ada ada makna,
Dalam makna ada rasa,
Dalam rasa ada bahagia juga derita.
(NEW AGE)
Sekiranya Al-Quran dan sunnah tidak diamalkan
dalam kehidupan seharian,
maka tunggulah azab dan pembalasan daripada Allah.
(INSAN TAQWA)


Cukuplah sampai di sini dahulu.
Lain kali saya tulis lagi.
Mata pun dah minta ditutup.

Salam dan selamat malam....

Bahagia..



Salam Maal Hijrah buat semua ,moga sentiasa menjadi seseorang yang lebih baik..


Manusia paling rugi di dunia adalah manusia yang tidak dapat menikmati bahagia. 
Bahagia cinta letaknya dihati, bukan pada harta, wang dan segala bentuk material.
 Ia lahir dari hati, menyentuh hati lain. Harta, wang dan segala bentuk material hanya alat yang dipergunakan untuk mengubah rasa bahagia, sama ada untuk memunculkannya atau untuk menambah tahapnya menjadi lebih tinggi.

Kita memberikan sesuatu pada orang yang kita cinta, supaya dia berasa bahagia. Sebagai balasan, satu hari kita juga akan diberikan sesuatu olehNya, kerana kita membuat dia bahagia. Life is about giving and receiving. Cinta adalah proses memberi dan menerima.



Utusan Buat Orang Yang Ku SAyang.....



Seandainya Tuhan mengizinkan
ingin aku terus bersama mu
biarpun pedih dugaannya
rela aku menghadapinya dengan sabar
Seandainya tuhan mengizinkan
cintamu mekar bersamaku
ingin aku membahagiakan hidupmu
Tak pernah ku termimpi
untuk bercinta denganmu
tapi dah tersurat kita bertemu dan jatuh cinta
Sekiranya engkau dpt menerima ku seadanya
itulah buktinya keikhlasanmu
Andai tuhan mengizinkan
ku ingin menunaikan segala impian yg lama terpendam
andai kita ditakdir terpisah jauh dimata
namun hati tetap sayang dan merinduimu
tiada siapa yang dpt melenyapkan cinta dihatiku
hanya Tuhan saja yang berkuasa
Aku harap engkau masih menyayangi diri ini
kerana ku tidak sanggup berpisah denganmu
kenangilah saat2 indah percintaan kita
semoga abadi kisah cinta kita
Seandainya Tuhan mengizinkan
cintamu mekar bersamaku
Ingin aku membahagiakan hidupmu
selama2nya

KLIK JANGAN TAK KLIK

zikir

">

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...