Pages

Followers

Thursday, April 7, 2011

cinta oh cinta

Cinta adalah anugerah Allah terhadap hambanya,
Tanpa cinta, hidup tidak bermakna dan layu,
Namun jangan jadi hamba cinta,
Kelak badan akan merana..
Bercintalah...
Tanpa cinta tiadalah kita di dunia ini,
Indah kala bercinta, terasa dunia kita yang punya,
Jangan kau lupa CINTA AGUNG milik Maha Pencipta.
Kasih kepada Khalik,
kasih kepada Rasulullah,
Kasih kepada Ibu Bapa,
Kasih kepada diri sendiri,
Kasih kepada sahabat,
Kasih kepada suami atau isteri,
Kasih kepada anak,
Kasih kepada saudara sesama manusia,
Kasih kepada haiwan
Kasih kepada semua....
Cinta sememangnya indah,
Andai dipupuk dengan ketaqwaan,keimanan,
Bajailah rasa cinta agar ia sentiasa subur di taman hati..




Saturday, February 26, 2011

Tuesday, May 18, 2010

UNTUKMU GURU

GURU O GURU
(Usman Awang, 1979)

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Friday, May 7, 2010

Sebelum kita menyebut dan membaca Al-quran,terlebih dahulu hendaklah kita perhatikan dan menguasai makhraj huruf agar dapat menyebut dengan betul dan tepat.Makhraj huruf ialah tempat keluar huruf-huruf hijaiyah.Alat-alat sebutan atau ucapan ada tujuh belas.Makhraj huruf juga terbahagi kepada lima bahagian.
1.Bahagian rongga mulut dan kerongkong.( الجوف )
2.Bahagian kerongkong.( الحلق )
3.Bahagian lidah. ( السان )
4.Bahagian bibir mulut. ( الشفتان )
5.Bahagian rongga hidung. ( الخييشوم )
surah Al-baqarah : ayat 121
ertinya....orang-orang yang telah kami berikan al-kitab kepadanya,mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya,mereka itu beriman kepadanya dan sesiapa yang ingkar kepadanya maka mereka itulah orang-orang yang rugi....
ء

KLIK JANGAN TAK KLIK

zikir

">

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...