Pages

Followers

Monday, April 11, 2011

Menangis bukan kerana kecewa
tetapi menangis untuk berbahagia
andai ketawa mengundang derita
biarlah tawa hanya di dalam jiwa

Luahan Hati

Dalam desiran rindu yang terpendam,ada cinta yang tersimpan dan ada dendam yang bertaut mohon diuraikan...luahkan sebelum terlambat..luahkan sebelum mata tertutup rapat....pabila suratan dan ketentuannya ditetapkan begitu..ia pasti akan begitu.....cekalkan hati serta doa yang tidak pernah putus pasti akan diizinkan oleh pencipta..namun jangan lupa semuanya adalah ketentuan Ilahi.....

Memohon Dapat Melihat Tuhan

"Ya Allah, jadikan kami termasuk orang yang melihat mu di dunia dengan mata hatinya dan di akhirat dengan mata kepalanya."

Orang yang beriman selalu berhati bati dalam segala tindakannya kerana ia merasakan ALLAH melihatnya atau merasa dirinya diawasi ALLAH. Kehadiran ALLAH hanya boleh dilihat dan dirasakan oleh mata hati sebab ALLAH bukan benda. ALLAH sentiasa ada dimana kita berada tetapi kita yang tidak merasa bahawa ALLAH itu ada bersama kita. ALLAH melihat kita tetatpi tidak semua manusia itu melihat ALLAH. Manusia itu hendaklah merasakan bahawa ALLAH itu berada dalam dirinya supaya ia berkemampuan untuk melaksanakan segala perintah ALLAH dan juga mencontohi sifat-sifat ALLAH.

ALLAH membimbing manusia yang sentiasa mengingati-Nya. Dan manusia itu hendaklah sentiasa mengingati ALLAH dalam keadaan kegembiraan dan ketenangan. Perbuatan jahat yang dilakukan oleh manusia adalah disebabkan manusia tidak merasakan bahawa ALLAH itu hadir dalam hidupnya. Sekiranya, manusia menyedari bahawa ALLAH itu senantiasa berada dalam dirinya, dia akan selalu melakukan perkara yang baik sahaja. Individu yang selalu mengingati ALLAH, akandapat mengatasi segala kesulitan hidupnya dengan tenang. Meskipun dia berasa sedih tetapi ingatannya hanya pada ALLAH, dan dianggapnya masalah yang dihadapi itu sebgai ujian.

Sunday, April 10, 2011

Banyak untung kalau kenal lelaki oleh Dr. HM Tuah

Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
7) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah: -
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Friday, April 8, 2011

Dalam hidup ini penuh dengan ketawa ria,gurau senda dan sesekali bermasam muka..semua itu menjadi rencah bagi menceriakan kehidupan kita..cinta,kasih,rindu,marah..tanpa rencah yang cukup maka akan terasa kekurangannya...Oleh itu bergembiralah,andai kemarahan masih beraja di hati ingatlah kepadaNya yang Maha Penyanyang agar perasaan marah akan lenyap dan ingatlah saat-saat indah yang pernah dilalui....

Thursday, April 7, 2011

cinta oh cinta

Cinta adalah anugerah Allah terhadap hambanya,
Tanpa cinta, hidup tidak bermakna dan layu,
Namun jangan jadi hamba cinta,
Kelak badan akan merana..
Bercintalah...
Tanpa cinta tiadalah kita di dunia ini,
Indah kala bercinta, terasa dunia kita yang punya,
Jangan kau lupa CINTA AGUNG milik Maha Pencipta.
Kasih kepada Khalik,
kasih kepada Rasulullah,
Kasih kepada Ibu Bapa,
Kasih kepada diri sendiri,
Kasih kepada sahabat,
Kasih kepada suami atau isteri,
Kasih kepada anak,
Kasih kepada saudara sesama manusia,
Kasih kepada haiwan
Kasih kepada semua....
Cinta sememangnya indah,
Andai dipupuk dengan ketaqwaan,keimanan,
Bajailah rasa cinta agar ia sentiasa subur di taman hati..




Saturday, February 26, 2011

KLIK JANGAN TAK KLIK

zikir

">

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...