Bila Diri Di Sayangi
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa,
Keagungan kasih merubah takdir
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku Kembali dipandu
Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri
Tuesday, May 24, 2011
HANYA PADAMU YA ALLAH AKU BERSERAH
Saturday, May 21, 2011
MADAH SMS KOSMO 3
Ada lagi....
TIADA GUNA MENGEJAR ORANG YANG TIDAK SUDI
LEBIH BAIK HARGAI MEREKA YANG SENTIASA DISISI
(PATIN BUAH)
HIDUP PASTI BERERTI JIKA KAMU PUNYA ARAH TUJU
AGAR DIRIMU TIDAK TERSESAT JALAN
DAN YAKINLAH KEJAYAAN PASTI MILIKMU SELAGI TERUS BERUSAHA
(CAPRICORN21)
MASA DIRASAKAN PANTAS BERLALU TATKALA HATI SEDANG BAHAGIA
MASA DIRASAKAN TERLALU PERLAHAN DI KALA HATI DALAM KERESAHAN
( PUJANGGASEPI )
KEBAHAGIAAN SEBENAR BUKAN BERMAKNA KITA MESTI DAPAT SEMUA YANG KITA MAHUKAN,TETAPI DENGAN MENGHARGAI SEGALA ANUHERAH DAN APA YANG ADA
( MATAHATI )
MEMBAHASKAN PERKARA PENTING TANPA MENYELESAIKANNYA ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENYUDAHKAN SESUATU ITU TANPA MEMBAHASKANNYA
( PAK MEOR )
![]() |
| sekian untuk hari ini...ada banyak lagi tau.. |
![]() |
| oklah saya nak tidur dulu....ada masa saya sambung ye..sweet dream |
Thursday, May 19, 2011
MADAH SMS KOSMO
- TERLALU TENGGELAM DALAM NIKMAT HATI MEMBUAT HATI MENJADI BUTA DAN MULA TAKUT KEHILANGAN NAMUN ORANG YANG KENAL NIKMAT ALLAH TIDAK AKAN RISAU HILANG NIKMAT DARIPADA MAKHLUK( MATAHATI)
- CUKUPLAH HANYA ALLAH DAN RASUL SERTA AL-QURAN MENJADI PENGUBAT SEGALA DUKACITA DAN PENAWAR SEGALA KESEDIHAN HATI( PENAWARDUKA)
- INGATLAH DUNIA SEMAKIN TUA,BENCANA BERLELUASA,MANUSIA SEMAKIN HILANG KEWARASANNYA.TETAPI HIDUP PERLU DITERUSKAN SELAGI AJAL BELUM TIBA.( PERMATA HATI)
- SEPAHIT-PAHIT KEJUJURAN ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA SEMANIS-MANIS PENIPUAN.JUJURLAH KERANA WALAU SEPAHIT MANA PUN LAMBAT LAUN IA TETAP AKAN DITERIMA. (LISSAYOTI)
Setakat ini dahulu untuk hari ini ye..
- JIKA KITA SEDAR BAHAWA SETIAP YANG DIBERI TUHAN ITU HANYA PINJAMAN MAKA PERLULAH SENTIASA BERSEDIA DAN REDHA UNTUK KEHILANGANNYA.(ADAMCMXADA)
Baca dan ambil iktibar mana-mana yang dirasakan perlu.
Thursday, May 5, 2011
Sunday, May 1, 2011
MADAH SMS KOSMO YANG SAYA KUMPUL
* Terimalah kebenaran dan kabaikan itu walaupun ia datang daripada musuh.
( OPENUREYES )
* Sehabat mana kita merancang,destinasi akhirnya telah ditulis olehNya.
( SADARLAH )
* Apabila kita rasa diri sempurna dan orang lain tidak cukup baik,maka ada kekurangan sebenarnya pada diri kita.Kita cuma akan sempurna apabila kita sedar diri yang serba kekurangan.
( MAKRIFAT )
* SAYANGI sebuah perkenalan kerana di situ terciptanya kemesraan,KENANGI sebuah perhubungan kerana di situ terciptanya kerinduan,HARGAI kedua-duanya kerana itulah rahmat dari Ilahi.
( RINDU )
* Bila mata tidak dapat melihat,hati mula tertanya-tanya.Bila telinga tidak mendengar,hati mula terasa sunyi.Bila rindu datang menjelma,di manakah insan yang harus menemani.
( SEPI )
sampai di sini dahulu ye...
bila ada masa terluang saya akan tulis lagi kerana masih banyak madah sms KOSMO yang saya simpan untuk renungan kita bersama...

Tuesday, April 19, 2011
Bicara Indah
Menangislah sahabat,
Kerna air mata adalah bicara yang terindah...
Air mata terindah lahir,
Bilamana kamu terpisah dengan kemaksiatan,
Bilamana kamu bertaubat dengan jiwa penyesalan,
Tika dirimu mengusir kawan-kawan yang buruk perangai,
Tatkala itu kamu pasti merasakan titisan air hangat dipipimu...
Dan bilamana dirimu meraih tangan,
Insan bergelar sahabat,
Tanpa dirimu sedari pipi dibasahi,
Butiran mutiara yang sangat indah...
Bilamana tercipta satu pertemuan,
Dan terungkai segala isi hati,
Terungkap sebuah jalinan persahabatan,
Tapi tibanya saat perpisahan,
Detik ini pasti akan terjadi,
Titisan hangat pasti akan menemani diri,
Kerna pertemuan dan perpisahan adalah lumrah alam...
Bertemu dan berpisah kerana Allah,
Bisa melahirkan rantai-rantai perjuangan,
Pergimu menyebarkan wangian jannah,
Moga dunia ini akan berbau haruman syurga...
Tetapi sedarlah sahabat,
Saat dirimu menghadap Rabbul Izzah,
Mutiara indah yang hadir menemuimu.....

Subscribe to:
Posts (Atom)