Di sini saya ingin berkongsi puisi daripada rakan-rakan di ruangan Hatiku Hatimu dan Aku Insan Kerdil.
Setelah meminta izin daripada penulisnya.Terima kasih buat saudara Isma Anis Al-Fikri.
♥ CukuP CinTa DaLaM DiaM ♥
Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam..
Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya..
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin
hubungan yang terlarang dan hubungan yg tidak diredhai Allah S.W.T.
Kau tak mahu merosakkan kesucian dan penjagaan hatinya...
kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu...
menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan
iffahmu..
Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya..
Kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang
telah ALLAH SWT. pilihkan untukmu..
Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali ??
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan..
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan
indah..
Dalam diammu tersimpan kekuatan..kekuatan harapan..
Hingga mungkin saja Allah SWT akan membuat harapan itu menjadi
nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam
kehidupan nyata..
Bukankah Allah SWT tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang
berharap pada-Nya ??
Dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan
untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ..
Jika dia memang bukan milikmu, roh Allah, melalui waktu akan
menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih
indah dan orang yang tepat..
Biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan
sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ..
"Aku mencintaimu dalam diam, dengan isyarat yg takkan pernah
tertangkap oleh indera... Dan aku tahu memiliki rasa ini adalah
sebuah kesalahan, namun... aku dibuat tak berdaya oleh rasa ini...
DIAM.. menjadi caraku untuk mencintaimu..."
Isma Anis Al-Fikri
Dengan puisi aku bernyanyi
Dengan puisi aku bercinta
Berbatas cakrawala
Dengan puisi aku mengenang
Keabadian Yang Akan Datang
Dengan puisi aku menangis
Jarum waktu bila kejam mengiris
Dengan puisi aku mengutuk
Nafas zaman yang busuk
Dengan puisi aku berdoa
Perkenankanlah kiranya
Isma Anis Al-Fikri
OMBAK RINDU
Masih terasa dinginnya sepoi angin selatan
mengirai rambutku dihujung senja yang berbalam
mentari jingga menjadi saksi bisu pada lingkaran rasa
andai rindu kita dilambung ombak gelisah yang sendu
ada jejak yang masih kau tinggalkan di lereng hati
masih mampukah ku iringi bekas telapak kakimu mencari mimpi
bila tersedar dari sasar cinta ternyata kau tiada.
Lalu pada bayu senja kutitip segala pesan
salam kasihku biar berbekas di sudut hatimu
andai aku telah tiada lagi bercumbu dengan waktu
kita pun makin terasing melamun dengan bayangan
dan kita pun makin jauh mengorak langkah terpisah.
Sri Mawar
♥ CINTA…..KASIH….. DAN SAYANG….. ♥
Ku cuba gabungkan semua rasa itu
Supaya dapat ku sebatikan dalam hati dan sanubari
Dan tinggal kekal bersama jiwaku ini
Mungkinkah ia dapat ku satukan
Dapatkah atau hanya dapat ku gapai salah satu darinya sahaja
Adakah begitu.. ku harap tidak
Biarlah yang ku sangka panas sepanjang hari akan kekal begitu
Dan biarlah hujan datang keesokkan harinya
Ku panjatkan doa kepada-Nya
Agar rasa itu akan kekal bersama dalam hidup ini
jua dalam hidup semua insan yang bergelar manusia
Dan bersemadi kukuh dalam diri sahabat-sahabatku
♥ NuR QaSeH ILa ADiLa ♥
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan
Tapi...
Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya
Kerana...
DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap diterjemah
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud
Justeru itu...
Jika kita merasakan DIAM itu terbaik
Seharusnya kita DIAM
Namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak
Berkatalah sehingga mereka DIAM...
Isma Anis Al-Fikri