Marilah kita sama-sama membaca dan berkongsi maklumat dan ilmu yang ada di sini..
Sunday, October 23, 2011
Lelaki dan Wanita, Siapa Perlu Siapa? | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Nilai sebuah senyuman...
Senyum tak perlu kata apa-apa..
Senyum seindah suria..
Namun ia membawa seribu makna yang tersirat dan tersurat..
Tanpa senyuman,pasti akan membawa seribu persoalan..
Sedang senyuman itu adalah suatu sedekah..
Senyumlah agar hidup diwarnai dengan keindahan dan keceriaan.
Senyum punya banyak makna..
Senyum sinis,
Senyum sumbing,
Senyum kambing,
Senyum penuh keikhlasan....
Andai kamu sedang marah, namun masih mampu tersenyum,
kamu adalah orang yang tabah..
Senyuman juga menjadi penawar dikala duka.
Warnailah hidup dengan senyuman yang paling manis...
Pasti kamu akan perolehi ramai teman..
Senyuman membuat kita rasa bahagia dan gembira..
Senyuman juga membawa bahagia.
Senyumlah....
Saturday, October 22, 2011
Tentang Cinta...
~Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.......
~Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
~Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat......
~Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan,
Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan......
Untuk Memulakan Sesuatu....
Dari titisan airmata kita belajar MENGERTI....
Dari rasa khuatir kita belajar PERCAYA
Dari rasa kehilangan kita belajar MENGHARGAI
Dari rasa bersalah kita belajar MEMAAFKAN
Dari sebuah harapan kita belajar BERJUANG
Dari sebuah perjuangan kita belajar BERKORBAN
Dari sebuah pengorbanan kita belajar KETULUSAN
Dari ketulusan hati kita belajar menghargai
KASIH SAYANG
Cinta Tak Semestinya Memiliki...
Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya... "Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....
Nilai Cinta....
Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.
Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.
Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu, gembira,sedih, tenang,tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Tuesday, October 18, 2011
Ketulusan Hati
Cinta yang tak diundang mewarnai & membantu kehidupan lebih sempurna. Apa yang dikatakan cinta & apa cinta sejati... Namun setiap insan memiliki pelbagai pandangan terhadap cinta. Mengapa selalunya cinta yang belum dimiliki ia disirami dan dibelai tapi tidak pada cinta yang telah dimiliki hanya dibiarkan ia mekar sendiri tanpa disirami baja kasih sayang.
Itulah hakikat dunia lelaki & perempuan. Adakah anda terpikir seketika apa perasaan pasangan anda? Jika ianya berlaku. Ketulusan hati dalam menyemai cintai harus wujud dalam sanubari bukannya kepura-puraan sebelum memiliki & mudah berubah walaupun ujian melanda kehidupan kita. Kasih sayang tidak perlu melepasi batas-batas syarak namun kasih sayang memadai dengan perhatian sang pencinta.
Ketulusan cinta pula, merupakan kasih sayang yang tidak berbelah bagi terhadap insan yang disayangi & sentiasa berada disisi demi kebahagiaan & keselesaan hidup walaupun menderita melawan penyakit yang dikurnia oleh ILLAHI mahupun manusia. Tidak semestinya perpisahan itu membahagiakan kita namun perpisahan itu perlu demi kebahagiaan hidup insan yang disayangi.
Cinta tidak mungkin bersatu adalah cinta yang penuh dengan pengorbanan demi kebahagiaan dirinya sendiri. Cinta terhadap pasangannya adalah merupakan sebuah cinta yang utuh dalam sanubarinya. Ketulusan hati mencintai seseorang lahirnya dari kesetiaan, kejujuran, kepercayaan, keikhlasan & pengorbanan. Ketulusan cinta adalah indahnya cinta dihati kita bersama.
Doakan kebahagiaan insan yang anda sayangi mahupun pernah anda sayangi.Berakhirlah sebuah cinta setelah kata-kata diungkapkan pemisah dunia namun cinta itu bersemadi di dalam hati menjadi cinta yang kekal abadi bersama kenangan lalu. Semailah & bajalah cinta kalian dengan keindahan kasih sayang anda walaupun hanya seketika sekadar bertanya kabar tanda semaian yang cukup bermakna.
Sentiasalah berada di sisi dikala pasangan anda memerlukan anda... Cintailah & sayangilah sementara pasangan anda wujud disisi anda andainya ia telah pergi doakan segalanya yang terbaik tanda kasih sayang anda yang pernah bersemadi dihatinya ketika dahulu.
Monday, October 17, 2011
Sahabat sejati..
Persahabatan Yang Sejati Akan Membawa Kepada Kerinduan Yang Abadi, Org Yang Rugi Ialah Orang Yang Tidak Memperolehi Sahabat & Yang Paling Rugi Ialah Ditinggalkan Sahabat.
Sesungguhnya Persahabatan Itu Lebih Unggul Daripada Percintaan,Tanpa Persahabatan Percintaan Akan Berakhir,Tetapi Tanpa Percintaan Sahabat Boleh Kekal,Oleh Itu Hargailah Persahabatan Yang Terjalin...
Kerana Sahabat Mewakili Sesuatu Kekuatan..Sahabat Yang Paling Baik Adalah "DIRI" Kita Sendiri Yang Tahu Menilai Setiap Apa Yang Kita Lakukan..
Hadiah Yang Paling Berharga Dalam Erti Kata Sahabat Yang Sebenar.Bergaullah Dengan Manusia Sebaiknya Sehingga Kalau Kamu Mati Mereka Tanggisi Dan Kalau Hidup Mereka Selalu Merindu........
Yang Indah Itu Pertemuan.....Yang Manis Itu Kemesraan.....Yang Pahit Itu Perpisahan....Yang Tinggal Hanya Kenangan...
ERTI S.A.H.A.B.A.T
S = Sayang menyayangi antara satu sama lain perlu untuk membina sebuah persahatan.
A = Akrab Keakraban atas dasar keikhlasan memberikan kesan yang cukup baik dalam kehidupan kita setiap masa.
H = Hati mesti baik dan jujur.
A = Amanah bersikap amanah dalam apa jua yang kita lakukan.
B = Budi berbudi dengan kawan, sampai bila-bila kawan-kawan akan terus mengingati kita. A = Pemaaf Jangan berdendam dan lupakan kisah silam agar persahatan itu tetap erat.T = Tolong menolong antara satu sama lain akan mengeratkan perhubungan.
"Sayangi sebuah perkenalan krn di situ terciptanya Kemesraan, Kenangi sebuah perhubungan kerana di situ tercipta KERINDUAN, Hargai kedua-duanya krn itulah RAHMAT DARI YANG MAHA ESA..."
Cinta abadi
Salam penuh kasih sayang...
Lama sungguh saya tak updated blog ni...
Cinta memang indah jika dipenuhi dengan cinta kepada pencipta terlebih dahulu...
Lama sungguh saya tak updated blog ni...
Cinta memang indah jika dipenuhi dengan cinta kepada pencipta terlebih dahulu...
~Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.......
~Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
~Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat......
~Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan......
Monday, October 3, 2011
Puisi
Mencari damai yang tak ditemui
yang luntur pasti suatu hari...
arca jiwa ini resah beribu sepi
tak tenang mengharap
akhirnya rebah tertiarap
Ya Lathiff..
Lembutkan lah hati kalbu yang dini
ikhlas mencari tenang yang abadi
tak mahu lagi gundah
biar sahaja yang indah
Ya Ghafurr..
Sejukkanlah hati yang tak mudah memaafkan
bukan tak redha tapi tak mampu
sedih pilu yang seribu
yang akhirnya keras tak hitam kelabu
mana damai itu...
ku hamparkan kalbu tenang....
ISTILAH PERASAAN
Doa buatmu....
SUKA - Perasaan yang wujud dalam diri semua orang. Kita akan suka pada seseorang itu jika dia telah membuatkan kita gembira atau menyenangkan hati kita walaupun orang itu belum kita kenali sepenuhnya.
MINAT - Perasaan suka yang mendalam hingga timbulnya rasa minat pada seseorang dan sebolehnya cuba mengikuti setiap perkembangan dirinya dan ingin mendekatinya.
SAYANG - Perasaan minat pada tahap luarbiasa hingga wujudnya rasa sayang dan merasa terlalu kasih pada seseorang itu hingga sanggup melakukan apa saja untuknya dan sentiasa memberi perhatian yang lebih padanya.
CINTA - Perasaan sayang yang keterlaluan hingga lahirnya rasa cinta lalu meletakkan seseorang itu di tempat yang paling istimewa dalam hatinya dan sentiasa menganggap orang itu adalah yang pertama dan terakhir dhati....sumber dari rakan
Subscribe to:
Posts (Atom)