Pages

Followers

Tuesday, October 18, 2011

Ketulusan Hati




Cinta yang tak diundang mewarnai & membantu kehidupan lebih sempurna. Apa yang dikatakan cinta & apa cinta sejati... Namun setiap insan memiliki pelbagai pandangan terhadap cinta. Mengapa selalunya cinta yang belum dimiliki ia disirami dan dibelai tapi tidak pada cinta yang telah dimiliki hanya dibiarkan ia mekar sendiri tanpa disirami baja kasih sayang. 


Itulah hakikat dunia lelaki & perempuan. Adakah anda terpikir seketika apa perasaan pasangan anda? Jika ianya berlaku. Ketulusan hati dalam menyemai cintai harus wujud dalam sanubari bukannya kepura-puraan sebelum memiliki & mudah berubah walaupun ujian melanda kehidupan kita. Kasih sayang tidak perlu melepasi batas-batas syarak namun kasih sayang memadai dengan perhatian sang pencinta.


 Ketulusan cinta pula, merupakan kasih sayang yang tidak berbelah bagi terhadap insan yang disayangi & sentiasa berada disisi demi kebahagiaan & keselesaan hidup walaupun menderita melawan penyakit yang dikurnia oleh ILLAHI mahupun manusia. Tidak semestinya perpisahan itu membahagiakan kita namun perpisahan itu perlu demi kebahagiaan hidup insan yang disayangi. 


Cinta tidak mungkin bersatu adalah cinta yang penuh dengan pengorbanan demi kebahagiaan dirinya sendiri. Cinta terhadap pasangannya adalah merupakan sebuah cinta yang utuh dalam sanubarinya. Ketulusan hati mencintai seseorang lahirnya dari kesetiaan, kejujuran, kepercayaan, keikhlasan & pengorbanan. Ketulusan cinta adalah indahnya cinta dihati kita bersama. 


Doakan kebahagiaan insan yang anda sayangi mahupun pernah anda sayangi.Berakhirlah sebuah cinta setelah kata-kata diungkapkan pemisah dunia namun cinta itu bersemadi di dalam hati menjadi cinta yang kekal abadi bersama kenangan lalu. Semailah & bajalah cinta kalian dengan keindahan kasih sayang anda walaupun hanya seketika sekadar bertanya kabar tanda semaian yang cukup bermakna. 


Sentiasalah berada di sisi dikala pasangan anda memerlukan anda... Cintailah & sayangilah sementara pasangan anda wujud disisi anda andainya ia telah pergi doakan segalanya yang terbaik tanda kasih sayang anda yang pernah bersemadi dihatinya ketika dahulu.



No comments:

Post a Comment

KLIK JANGAN TAK KLIK

zikir

">

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...