Pages

Followers

Saturday, November 26, 2011

MADAH SMS KOSMO

Agak lama saya tidak menulis 'Madah Sms Kosmo'.
Saya suka akan kata-katanya dan ingin berkongsi.
Walaupun,mungkin anda adalah penulisnya.
Namun jangan bimbang kerana saya tetap menulis nama penukilnya.

Kalau sudah bijak,
Jangan sampai diperbodohkan opleh nafsumu,
kalau sudah pandai,
Jangan sampai diperdaya oleh kejahilan orang lain.
(AKUXADAILMU)

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu
tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ia digunakan.
(TIMBA)
Kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh,
jadi,jangan berputus asa kerana sesungguhnya
orang yang berputus asa itu akan jauh dari rahmat Allah.
(CUMA AKU)
Akan reputlah akar persahabatan
Jika tidak dibaja dengan keikhlasan,
enggan disiram denagn air kesetiaan
dan pasti tumbang dilanda ribut permusuhan.
(AL AMIN 5911)
Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah.
Tidak dapat dilekatkan lagi ,
dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah.
(ZIM40)

Dalam lidah ada kata,
Dalam  kata ada bahasa,
Dalam bahasa ada ada makna,
Dalam makna ada rasa,
Dalam rasa ada bahagia juga derita.
(NEW AGE)
Sekiranya Al-Quran dan sunnah tidak diamalkan
dalam kehidupan seharian,
maka tunggulah azab dan pembalasan daripada Allah.
(INSAN TAQWA)


Cukuplah sampai di sini dahulu.
Lain kali saya tulis lagi.
Mata pun dah minta ditutup.

Salam dan selamat malam....

1 comment:

KLIK JANGAN TAK KLIK

zikir

">

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...